November 21, 2009

meet 3 Abduls


irfan.kak fatin.danial.mama. Danial sangat cute sbb dia nak ikut datang rumah smpi sanggup tinggalkan swimming pool.:)



meet Syiera. Ini kakak sulung Danial.


Danial dengan mama memang takleh berenggang. Sanggup mencari rumah untuk mama semata2 nak duduk dekat dgn kitorg. tapi sorrylah sayang. tak dpt duduk dengan korg mcm masa kecik2 dulu.



Ni kakak Danial no 2. Ixora. Suka sangat dengan benda yang fancy2 and nak jd cam Dania katanya. Dia lah yang memulakan drama jejak kasih antara Fatin dan cikgu Suwaibah. Cikgu atin mase sekolah rendah dulu, adalah cikgu dia. hehehe:)


Along dengan mama rindu korang sangat. Masa kecik2 diorglah jadi kawan main masak2, main potong2 rumput, main mandi2 dalam kolam.

Diorglah 3 Abduls yang aku selalu mention kat dalam blog.

Banyak memori dengan diorg ni. terlalu banyak. Danial Syiera n Ixora tak pernah panggil aku Kakak. sbb dari kecik kitorg macam kawan rapat. sampai besar pun still kawan rapat lagi.

Kitorg masa kecik kene marah sama2 dengan mama. hehehehe:)

dan kitorg sangat kuat makan :))


BAHAGIA.sangat.

November 20, 2009

makcik yang tak perlu diingati

Boleh tak aku wat status cmtu

serius dari pagi sampi pukul 3 ni aku menghadap laptop jer boleh tak

aku tak sabar nk tidur umah cu wawa main2 ngan irdina my cousin yang comel giler tu

arrrggghhh tatau nak pakai baju ape utk kuar nanti!!!

aku sakit mata tp stil malas pakai spek

aku nak baca novel yang best2. zikrot (nama seorg alien) kata sewa lah kat central market kedai ade pakcik India tu

ahh CM. zaman2 sekolah abes tusyen kalau ade masa terluang mesti gi sane dengan baju kurung putih kain biru. selekeh sungguh.

dan jalan pudu

tempat aku gi tusyen lepas abes sekolah. kalau malas nak pergi boleh la ke times square yang terletak beberapa jengkal dengan tempat tusyen aku

aduhai

teringat kenangan sekolah dulu2. budak nakal. jadi bahan cerita makcik2. :))

tapi bila kuar result spm time tu teringat lagi wajah makcik yg ternganga2. ok bukan nak berlagak sungguh ok. bukan salah dia. wajar die ngumpat aku sbb aku kuar rumah 7 pagi utk gi skolah then 7 malam baru kaki aku jejak lif rumah masa suami dia nak gi surau aku baru nak naik lif.



apa cerita makcik tu skrg ye?

mama selalu warning JGN jage tepi kain org. jage kain sendiri sudah.

SETUJU:))

Nenek Kebayan

kenapa aku Google tak dapat pun info pasal nenek kebayan?

Cerita Nenek Kebaya dengan Jangan Tegur..Lagi tu banyak influence aku

semalam aku tgk citer tu sorg2 sebelah mama sbb die dah tido / buat2 tido (sbb die takut nk tgk)

and pagi tu aku mimpi

dalam mimpi tu ada hantu dlm citer Jangan Tegur..Lagi dan hantu tu pakai baju kebaya macam dalam citer Nenek Kebaya.. boleh pulak kan

aku nak tahu pasal Nenek Kebayan. siapa dia? Google macam gagal membantu aku je haihh





harini adik balik bawak 2 kawan die. diorg nak study utk spm. haihh harap2 takde sape tanyer aku cmne nak jwb math or add math (buat malu je sbb aku da tak hingat langsung)

November 19, 2009

Hari yang menceriakan

meninggalkan kenangan pahit semalam

pagi pukul 8 awak sms saya.

awak bg suggestion suro saya masak sup sayur.

awak bg saye resipi (sbb sye ta reti masak)

saya selongkar dapur mama saya

saya masak

n SEDAP GILER WAK:))))))))))))

tq awak

awak memang best. TERBAEKKKK:))))




pasni saya nak resipi yang best2 pulak.:)))))))))))))))))))

November 18, 2009

:(

apa aku buat dari malam semalam?












aku nangis dan terus menangis.masa tido sebelah mama lampu gelap air mata aku ngalir lagi.

skang pun aku tengah nangis.

smting yang sgt2 cmplicated smpi aku takleh nk bgtau.

but aku benci diri aku sendiri.







sembuhlah sembuhlah luka di hati ni.

November 17, 2009

kisah bosan dan mimpi pelik

days ahead. wud not be the same.

abah dah start kerja kat kl.

adik dah start spm jadi tak boleh kacau.

ina da balik langkawi.

dan ade banyak lg nak ckp tapi tak tercakap.




ape tah aku ni



inbox aku sunyi sepi sekarang.
banyak msg pasal izac je.


meaning aku ni kerje kerje dan kerje skang.

semalam mimpi 3 benda

1. mimpi result: ya result aku. aku memang selalu mimpi result.
2. mimpi sorg ni: asal kau masuk mimpi aku. aku bangun dan aku sangat jd super pelik. mayb sbb dulu aku selalu kacau kau skrg tak lagi.hehe.
3. boleh tak aku mimpi 2 org junior ni nk jadi mep. hahaha. jadilah adik2 ku.


smting is missing. tak tahu apa.

harap inbox aku akan penuh semula. bosan sgt.

November 16, 2009

kawan baik saya selalu kata saya gila

apa kita buat bila kita rindu orang?

saya

saya

saya

saya

saya takkan beritahu org itu atau org lain yang saya rindu dia jadi saya akan rindu dia sorg2 macam org gila.

---------------

awak

awak

awak

awak bagitahu saye yer kalau awak rindu saya. jadi saya boleh ckp yang saya rindu awk juga.

----------------

kwn baik saya selalu ckp saya gila

sekarang saya mengaku apa yang kawan baik saya ckp itu betul.

----------------

boleh saya mengeluh sekarang?

boleh?

boleh?

----------------

betul awak. saya tak tahu org yang saya rindu tu awk. n saya tak tahu pun apa yang saya tengah rasa ni perasaan rindu atau tak. saya tak tahu. tak pasti dan keliru.

saya teka je.

ok. saya gila.

----------------

saya tak tahu apa yang saya tengah rasa sekarang.saya juga pelik kenapa saya jadi mcm gini. yang penting ada kaitan dengan awk. awk mesti tak percaya kan

saya sendiri tak percaya.

----------------

saya suka ckp ayat yang saya tak suka ni:

perempuan memang cepat perasan




dan sekarang saya betul2 mahu mengeluh. HAIHHH.

November 15, 2009

Bila kita perlu memilih

Aku terfikir..

Mengapa kadangkala Allah menguji kita dengan pilihan lain, disaat kita seakan sudah pasti dengan pilihan yang ada? Dan mengapa pula, kita sewenang-wenangnya menjadikannya sebagai pilihan, sedangkan kita sendiri tidak pasti tujuan kehadirannya dalam hidup kita?

Dilema inilah yang sering menemani kita, tanpanya kita menjadi seorang yang kosong. tiada rujukan, tiada pengalaman, tiada panduan, kerana kita tidak belajar dari seorang guru bernama pengajaran.

apabila pilihan itu datang, jangan merungut. perkara paling tepat untuk dilakukan adalah dengan memanjatkan kesyukuran. kerana kini, kita mempunyai peluang untuk memilih. ya, kita memiliki peluang itu. di saat orang lain terkapai2 dengan satu pilihan sahaja. nah, nampak bukan kebaikannya?

Ya, membuat pilihan memang sesuatu yang amat rumit. tetapi percayalah, proses memilih itu, bakal memberikan seribu satu ilmu kepada kita. dari situ kita tahu erti perbezaan. dari situ kita tahu:

yang mana hitam, yang mana putihnya.

yang mana emas, yang mana kacanya.

yang mana kiri, yang mana kanannya.

yang mana pipit, yang mana enggangnya.

yang mana langit, yang mana buminya.

ya, itu gunanya pilihan.

tapi, bagaimana jika pilihan itu sendiri, cuma satu ilusi? Bagaimana jika pilihan itu, cuma mainan perasaan kita sahaja? jangan berhenti disitu. jangan putus harapan. jangan sekalipun berpatah arah bila kita sudah mengatur langkah. kerana Allah pasti bersama kita, meluruskan yang bengkok, menerangkan yang kabur.

jangan putus asa, bila pilihan itu pergi sebelum kita sempat memilih. jangan juga putus asa, sekiranya perkiraan kita tersasar dalam membuat pilihan. kerana semua ini amat berharga, sebagai sebuah harta bergelar pengalaman.

pilihan, adalah takdir. syukurinya, sebagai tanda kita menghargai sebuah kehidupan.

hidup ini indah, jika kita tahu bagaimana meletakkan senyum dan tangis, pada masa dan tempat yang betul.

ALLAH ITU ADIL.

heart untuk adik sheren

kalau nak tahu pasal aku. please please please jangan tgk adik Sheren aku.

perangai memang tak sama langsung

that's the beauty of it.

tengah penat giler ni.

pagi tadi dia call suruh bawakan semua ni gi asrama die:

  1. t-shirt merah die yg ada gamba rumah kat depan
  2. towel merah die
  3. tudung hitam yuna
  4. geometri set die
  5. ngan nasi ayam, 7 org makan

lepas tu along ngan mama kene selongkar semua kotak2 utk cari baju merah die tu. and now along da selsema.
.:adik sheren:.

die sangat suke warna merah

die sgt cantik and ramai peminat

happy go lucky

banyak cakap giler

kalau tak suke die ckp je

jenis tak kesah lantak korg la

kalau nak marah die marah je

die tak kesah ape jd yang penting die happy n kenyang

baju semua nak fancy2 n girly2

suke melawa

jarang giler nanges


saya terbalik dengan die. hehe

baju raya saya semua die yg influence. saya takde perasaan nk bli bju raya cm tu oke.

kalau sentap sket mesti saye nanges

saya... saya... lainla dgn die.

ayat paling terbaru die yg kami satu family ingat sampai sekarang:

adik:along, adik kawen dulu la along. sbb nanti along dapat cincin sbb adik langkah bendul

along: haaa mane kamu tahu pasal dpt cincin bagai?

along trus google pasal bende tu

adik...adik...

I LOVE U so much

u're the heart of our family

sentiasa buat kami happy n ketawa

wish u all the best

gi tawen dulu OK nvm.

LOVE LOVE LOVE

November 14, 2009

:)

mama ambil pukul 12. terus gi sekulah adik. GOOD LUCK ADIK SHEREN SPM 2009!!

best kan tak payah naik bas. hehehehehehe :)

x saba nak balik umah!!

main masak2 kat dapor.

main packing2 barang nak pindah.

online dengan lebih pantas x macam jaring ukm ni.

boleh balik kampung berkenduri kendara (pakai lawa2 sukenye)

jumpa danial on 21st!!! dan bersedia utk bersembang satu hari.





tapi..

on 7th nak balik ukm da.

start perkampungan izac.

even time cuti ni pun ade kerje ke wat sebenarnya.



TAPI TAKPE!!!!!

HIDUP MESTI ENJOY!!!!!!!!!!!: cm illyana cakap.

suke sgt tengok impian illyana dulu2 (aha sukatila citer gedik ke ape ke)

time study utk spm bole aku benti kejab nk tgk cite ni dulu.

pastu berangan kalau crush ngan org nak terbalikkan nama dari fatin ke nitaf: hahahahahaha TAK SEDAP LANGSUNG!!

lainla illyana ke anaylli. boleh la diterima lagi hikhik.





























crush: nama saya nitaf aheesaf: kihkih.

November 13, 2009

Biarkan ia pergi <3

Sebuah pengajaran, untuk cinta adam dan hawa.

Cinta itu lahir dari hati, bukan nafsu.

Cinta akan tetap ada, walau sejauh mana kita lari darinya.

Cinta itu suci, walau berdebu mana pun sejarahnya.

Bila kita sunyi, bukan bermakna kita tidak dicintai.

Cinta punca kita putus asa, tapi cinta juga punca sebuah harapan.

Bila kita nekad mencintai seseorang, jangan takut akan kehilangannya: kerana cinta abadi tidak akan hilang.

Kerana cinta, kita mungkin derita. Tetapi kerana cinta jugalah, kita bahagia.

Cinta mungkin pernah mematikan semangat kita, namun bila cinta hadir semula, yakinlah semangat berganda pasti hadir semula.

Bukan semua cerita cinta itu indah, bersedialah menghadapinya.

ALLAH itu adil.

Jangan mudah putus asa, walau kisah cinta kita beronar derita.

Jangan tangisi lagi perpisahan itu, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Jangan persoalkan takdir, bila kita tidak tahu apa yang Allah suratkan untuk kita di masa hadapan.


Jangan persoalkan cinta.

Kerana jika ia milik kita, ia akan kekal dalam hati ini, selamanya.

Jangan takut mencintai, bila kita tahu ia membawa bahagia.



satu pesanan
satu pengajaran
satu kisah derita
satu kisah cinta

Biarkan ia Pergi.

November 12, 2009

laluan aman sejahtera


tadi pergi report pasal cubaan mencuri motor kat wisma aman.

hahahaha.

nama laluan ni cute gila. seolah2 kalau lalu jalan ni aman bahagia.

*boleh tak wat wedding reception kat wisma aman?*
-boleh jalan cantik2 kat laluan aman bahagia-

hehe:P


thanks pakcik wisma aman. tengs join bersembang ngan saya n kak zihan. bestla ceriter2 pakcik hehe :)



butakah cinta?
haih:)

November 11, 2009

.

ff: sbb kau laki aku pmpuan
ff: so smpi bile2 tak paham
ff: aku percaya kalau benda tu cinta, smpi bile2 pun wujud
ff: takkan hilang
ff: so kalau kejab ade kejab takde
ff: tu bukan cinta

ym best

bila kawan baik kita buat kita bebel2 cm org gila


Z: ko semua ko rasa
Z: hati ko xsemestinya betul
Z: ko da salah byk kali
Z: aku saksi
Z: aku yg skeptical jugak betul
Z: so skrg ni ko dgr ckp aku sekali je boleh x
Z: walaupun ko ni jenis xsuka ikut nasihat aku

ym lagi best

bila kita buat kawan baik kita bebel2


ko memang sesuai jd boss.

scooter.dan duit yang melayang

RM140

senang cmtu je.

haih

+bebelan mama

  1. nape kamu naik moto pakai selipar jamban je
  2. mane sticker L (pecah rahsia aku lesen L)
  3. kamu tak kunci tayar motor kan masa balik PD .. yer mama
  4. apesal kunci sekali banyak2 ni. patutnyer kunci spare letak kat bilik
  5. jangan letak wallet dalam bakul motor, org nak ragut senang je. letak dlm sit lenkali
  6. baca doa naik kenderaan. ni mama tgk Bismillah pun tidak... along bacala ma
  7. doa masa kunci motor tu
mesti dalam hati mama ada lagi yang tak terucap

  1. kenapa kamu serabai sgt harini
  2. kenapa muka kamu ada 5 jerawat
  3. kenapa makin gelap mama tgk, dah macam org minyak
tapi mama tak sampai hati kot

entah

yang penting aku geram. kenapa la dugaan cenggini. macam2.

RM140 + RM30 utk mangga baru.

















abang pencurik motor: awak ingat Bank Islam saya COP duit ke????

DOWN

last paper, dan scooter.

habis semua subjek. dibuka dengan criminal law, ditutup dengan family law. alhamdulillah, 1/2 2nd year dah pun abis. tinggal lagi 2 tahun setengah lagi. lama tu nak tunggu 4 tahun kat UKM ni baru grad. jangan mengeluh fatin. take this as a gift. :)

sebelum pergi exam tadi, setelah beberapa hari tak jenguk scooter kesayangan, atin dikejutkan dengan:

aih..apesal tempat kunci aku ni lain macam?
ada orang kopak lah?

cuba masukkan kunci

aih..tak dapat masuk...

bertenang fatin bertenang

waktu tu kepala tengah pantas berfikir

1. nak kene naik atas amik hp bgtau ina soh dia naik bas je dari kkm tu

atau

2.naik atas, ketuk bilik suhaila, ckp nak pinjam motor die dulu?

so atin buat keputusan untuk pinjam motor suhaila. nasib sangat dia takde exam harini. kalu tak tak tahulah macam mana. alhamdulillah.

masa tu tak rasa gelabah pun. sbb fikir, biarlah kene kopak sekalipun jgnla motor aku hilang. kalau hilang akan terasa jugak sebab bukan senang nak beli motor wo.

so terus ke panggung seni, guna motor suhaila.

sekarang... dah abis exam..baru tengah fikir ape perlu buat seterusnya dengan motor tu.

aku doakan yang terbaik untuk orang yang cuba mencuri motor tu. nasib baik la benda ni jadi hari last aku exam.




bilik ni kena kemas.
dah macam feri pecah.
selagi tak berubah. selagi tu tak perlu kahwin.


:P

November 9, 2009

kelupaan aku.kerinduan kamu.

Ini realiti: atin memang pelupa. sesiapa yang rapat dengan aku tahu macam mana aku buat organiser warna pink dan hijau tu sebagai 2 boyfriends aku. pink utk FUU. Hijau utk meeting jaksa. mungkin sbb ni lah aku jarang lupa benda yang penting. kalau aku tak catat benda tu, alamatnya sampai ke sudah aku takkan ingat. tak percaya?

Tanya Ina.

Aku pernah lupa yang aku dah JANJI nak keluar makan dengan dia. kadang2 benda yang die baru cakap 5 MINIT tadi aku boleh lupa.

Ini realiti. bukan buat2 lupa. mama n abah perasan benda ni sejak aku sekolah rendah lagi (selain daripada diorg perasan yang aku kalau tgk TV dan baca novel takkan perasan bende sekeliling. sbb aku bukan multi tasker.)

Itu bukan cerita utama : yang peliknya ada beberapa benda yang aku ingat details A-Z.

KISAH AKU: yang korang mungkin tak percaya.

Kisah aku dan Sir Banggali

dulu masa umur 4 tahun, aku dok umah onyang aku kat Ulu Chepor, Perak. masa tu abah aku kerje kat Somalia (yer Somalia tu). mama aku pulak benti kerje sbb takde sapa kot nak jaga budak nakal bernama Fatin ni (serius aku mmg nakal). masa aku dok umah onyang, makcik aku tuisyen math dengan sorang uncle Banggali ni. Badan dia besar, sama naik dengan perut dia. pastu rambut die kerinting. mama aku selalu bawak aku pergi umah Sir ni teman makcik aku. kitorg gi umah uncle ni naik basikal org dulu2 yang besar tu. naik 3 orang. (heavennyer dunia).

satu hari tu, Sir ni suruh aku hafal sifir 2. aku pun hafal la apa yang die bg ni. pastu esoknya die bg sifir 3 hinggalah dalam dua minggu habis 12 sifir aku hafal. aku still ingat aku ketuk2 kepala dekat dinding umah Sir tu sbb susahnyer nak menghafal.

sebenarnya, memang aku hafal, tp smpi aku darjah 3 baru aku tahu yang sebenarnya masa 4 tahun dulu aku menghafal sifir. time tu senang gile sbb semuanya aku dah hafal. thanks Sir!

sekarang Sir tu dah tua and die sangat keciwa aku amek law. hahahaha. die ingt aku akan ikut jejak langkah die jd cekgu math. ahahaha. sayang die. bile raya je cari aku. perut masih lagi boroi seperti dulu. cute.

Kisah aku dan makcik2 marhaban

korang kene percaya sepenuh kepercayaan bahawa aku adalah anggota kumpulan marhaban kampung nenek sebelah abah aku kat Lekir, Perak. masa aku darjah 3, ada ustazah ni berkenan nak ajar aku berzanji. so die ajar semua lagu2 berzanji tu. letih wo tiap2 malam kene berzanji ngan dia.

dalam banyak2 lagu yang die ajar, ada satu lagu ni aku agak mahir la and memandangkan suara makcik2 marhaban susah nak tarik dekat lagu tu, aku dinaikkan pangkat menjadi org yang berzanji lagu tu bila diorg perform kat majlis cukur jambul ke, khatam quran ke.

korang bayangkanlah aku, seorang kanak2 kecil yang cute; pakai baju sedondon ngan makcik marhaban. hahahaha memang nostalgialah time tu sbb semua org nak tangkap gambar dengan aku haha.

tapi skang aku dah tak bermarhaban dah sbb aku segan. lepas masuk sekolah menengah aku dah tak ikut nenek aku lagi dah. haha. oit. berzanji tu bukan bermakna aku ni ustazah ke ape ke ek. jgn panggil aku ustazah pulak: sebab org kampung aku gi panggil aku ustazah rock: Boleh pulak kan!

Sumpah masa kecik2 aku memang nakal. even dah besar aku stil nakal lagi. kalau tak cemana aku boleh tegur pakcik guard UKM cakap:

lawala spek mata pakcik.

pakcik tu jawab: Beli kat pesta konvo. hahahah!

haritu aku nampak pakcik tu kat DTAMS. die masih dgn spek die tu. hahahahaha.

cop: aku rindu kau. mana kau menghilang hah? kalau ko rindu aku gak, bgtau.:)

jgnla ilang terus.please.

sape lagi: kaulah. yer kau. sumpah org tu kau.

kalau ko percaya dgn sepenuh hati yang aku tgh cakap pasal kau: tolong senyum skang. dan tolong muncul semula.

sbb aku segan nak bgtau aku rindu kau.

November 8, 2009

cute

hello fatin (manede die pgil aku kakak haha)

bila nak pindah sini

kak fatin rase bulan 12 la danial

ala, danial dah carikan rumah utk fatin da

danial cari cm mana?

naik basikal la.

haa?

umah tu 800 sebulan

haaaa?




OMG Danial. umur baru 10 tahun. macam2 die buat nak org dekat ngan dia.
bulan 12 ni sure pindah mana2.
kl ke, selangor ke. perak ke. bestnyer kalu pindah taiping or ipoh.


kalau pindah kl pun takkanla abah nk dok area rumah danial. jauh ngan office la cheras tu.

rindu 3 abduls.




susah kan jd anak askar


haih.

November 7, 2009

he is just not that into you.












banyak kaitan.

November 6, 2009

..

harini sangat best.SUMPAH.














tp jadi tak best bile malam. bile atin sorg2 and menangis sorg. i wish smbody is here with me.

dengar aku merapu
dengar aku mengadu
dengar aku nangis
dengar aku 'bermacam2'

dan dengar segala2nya. aku rasa aku sgt teruk.


sumpah aku nangis.sekarang
rindu mama.






mcm ina buat. tp ina kt kkm da.

kamu mcm s***.






aku nak senyum. tp aku nangis jugak.
susahnye idup mcm ni.

malunya.

November 5, 2009

aku dan FUU

Harini rasa sangat down. So aku pilih satu tajuk ni and nak membebel pasal tu.

Sape kata amek law senang?

ini inpirasi daripada kenyataan sorg budak yang aku tak kenal kat fb: Law senang je kot, hafal2.

meh aku bgtau sket nape amek law ni susah :especially law ukm sbb kitorg ade PBL.

ini realiti: law UKM je wujud bende alahan bernama PBL.

PBL: Problem Based Leaning. setiap semester, sebulan sebelum final exam, semua subjek law akan diberi satu problematic question atau satu topic dimana kita sendiri perlu mencipta problematic question tersebut based on decided cases.

meh aku cerita apa jadi time PBL Tort Law. sbb aku banyak simpan gamba2 PBL subjek tu. ingat, ni baru pengalaman 1 subjek k. korang gandakan pengalaman ni dengan criminal, family, icl dan cyber oke.

ya sayang2ku. dalam masa sebulan tu kita akan:

  • reka problematic question and submit kat lecturer tgk die suke ke tak soklan kite. kalau tak suka kenelah ubah. tp ni utk criminal je la. tort dh dpt soklan da.
  • buat video mengenai soklan kite tu. kalau org tak paham video kite, habislah kite.



nampak cam happy je senyum2. penat tau buat ni kat EiMAS tu. dengan berpanas nyer. salah shoot kene ulang balik la. polistrin patahla. ingat senang? oo ok senang.

  • ni baru video pasal storyline. belum video kat mootcourt. ok sebelum masuk mootcourt, semua plaintiff dan defendant kene siapkan submission diorg. supaya hakim boleh buat keputusan berdasarkan hujahan masing2.
  • yang menyedihkan, hampir setiap sem aku kene jadi hakim. kecuali PBL family law sbb aku jd defendant.ingat kerje hakim senang? kene tgu semua hantar, then bru wat decision. kalau tak paham submission diorg, kenela kaji satu2. then buat keputusan. kalau keputusan kite salah?: bersedialah dgn carry marks yang rendah. tu je. senang kan..senang..


gambar ni bukan memain tau. ni group PBL nn punya. tapi sama je semua group pun kene cari kes banyak cm gini. lepastu photostat satu2. ingat senang nak cari kes kat rak yang tinggi2 tu. tak kire lagi kalau kes tu takde. ataupun org salah cite case ke. dah kene cari buku rujukan nak tgk citation yang betul. tak kire lagi kalau kite tak tahu ape maksud citation tu. terutamanya indian cases. aku memang failed cari kes India sbb kat india banyak negeri. ingat senang?

  • lepas dah siap submission, barulah senang hati nak shooting video dalam mootcourt.


ni gambar mooting stare decisis dulu. cmnila kat dalam moot court kalu nak shooting video. penat tau. memangla best dapat pakai jubah segala. tapi isi yang nak dicakap tu kene betul juga. tak pasal2 ada yang kene balik buku kes dengan lecturer. senang ek?

  • dah abis shooting video boleh lega sikit. tapi hari real presentation belum sampai lagi. time ni kene finalize kan written submission. berapa muka surat? tort law grup aku 200 muka surat lebih oke. family law 300 lebih rasanya. bukan puluh2 helai. RATUS2. aku tipu? takde maknenyer nak main tipu2.
  • hari presentation: hari dimana semua org terketar2. kalau dapat lecturer yang senyap takpe. kalau lecturer tu jenis bagi soklan tu memang susah la. lecturer bukan calang2 org. semua peguam belaka. nak lari mana kalau tak reti jawab?


hari presentation PBL Tort Law. senyum2 takut. semua tengah cuak sebenarnye huhu.

haaa..tu baru satu subjek je. belum lagi subjek2 lain. sem ni amik 5 subjek law. lain lecturer, lain demandnya. so kene update keinginan lecturer setiap hari. bukan kerje senang tu. nak cari kes, pastu kalau kes takleh gune tuka kes lain pulak. buku rujukan. nak siapkan slide show. senang?

tambah kerje kat kolej lagi.

tambah melayan perangai aku yang sket2 nak nangis ni.

tambah rindu kat mama lagi.

kalau ade budak grup buat problem tu kene pikir lagi

kene perli.kene marah.kene betulkan bila salah. kene tambah itu ini.

mcm tak biasa pulak.

sbb tu kalau ada org luar yang marah2 aku, aku akan senyap je. malas nak fikir. banyak lagi bende penting kat fac yang jauh ke dalam hutan tu. banyak lg bende penting kene pk dr pikir pasal bende2 remeh.

ter emo la pulak.

boleh tak kali ni aku taknak mengeluh

panjangla entry ni.penat type.

tapi aku nak membebel gak.

esok dating ngan Ina ngan Faiz. 3F reunited.

Surat untuk Burung2 yang Terbang

Tolong datangkan semula senyuman

dan gelak tawa itu










rasa sunyi pulak
tolong ya?

baru kejab td. encik dari Dungun call.

dia kata die mimpi aku.

mimpi ape?

mimpi aku into one guy ni.

siapa lelaki tu?

lelaki yg die tak kenal

aku terdiam




mimpi.
perlukah percaya pd mimpi?



ingat:blog aku ade pemerhati.

muke tak berperasaan.

November 4, 2009

SEMALAM DAN KENANGAN

Habis semua 6 subjek

tinggal cyber ngan family je

cyber law: subjek yang aku tak sangka akan ambil. sbb aku nak amik mass comm law sem ni. cuma takde reski.

subjek ni best sebenarnya. banyak bende baru yang aku belajar

dan kawan2 baru

betul: subjek ni kenalkan aku dnegan 3 bersaudara ni, yang menghasilkan 5 bersaudara:

apa yang mengeratkan kitorg adalah makanan sebenarnya. sbb semua gila makan terutamanya Syarafi yang kalau boleh nak masak kenduri untuk 5 org.

kitorg ske main masak2. percaya tak semua kitorg masak. jangan tak caya oke. hehehehe.

rindu makan2 dengan korang. sebab korg memang kuat makan jd aku takkan segan nak makan banyak2 hehehehehe.

ni time presentation 2nd Life. hehehehehe. suke suke suke.

esok cyber. haih. subjek ni best tapi susah. ala2 contract jugak. kenapa aku amik subjek ni pun misteri jugak.

semalam: azri ym. die kata die jadi 'pemerhati' blog aku.

ok azri. aku harap ko jd pemerhati yang baik k. aku harap sgt k azri.


aku semakin rindu dekat 3 Abduls. Syira:Ixora dan Danial. mesti korang tak percaya aku ske layan budak2 kan.

jangan tak percaya: Danial akan call aku beberapa kali sebulan untuk sembang sahaja. sayang adik kecik ni. dari baby aku jaga dia:)

LOVE MY LIFE:)

November 3, 2009

MUNGKIN SBB LELAKI TU KOT?

harini aku bangun dengan berdebar2. sungguh.

selalunya kalau aku berdebar2, aku akan tanya ina. sbb dia selalu ada perasaan halus yang hebat.

tapi masa aku bangun tadi aku blurr, takde siapa boleh tolong huraikan rasa berdebar2 tu.

sebab petang ni aku test arab kot?

no way. aku tak pernah rasa berdebar2 sbb nak exam.

aku bangun.. bukak buku icl. lepas tu baru bukak buku arab.

pastu aku rasa berdebar2 balik, tetibe langit mendung. aku rasa sejuk.

oh tidak aku benci sejuk.

makin berdebar2.

oke apa sebenarnya ni.

aku terus type entry ni.

hahahahaha.

kadang2 hidup penuh misteri.

aku tak pulak terasa mcm ina selalu rasa: kalau dia berdebar2 mesti macam2 makna n bende tu betul2 jadi.

tapi aku taklah pulak jadi cmtu. kecuali kalau ina yang ramalkan.

haih.

MISTERI NUSANTARA betul.

gila kamu ni fatin : kata2 biasa a'im

macam2 la fatin ni: kata2 biasa zikri

eee fatin ni ade je kisah dia: kata2 biasa ina

ish tak payah fikir: kata2 biasa mama

laaa, apa pulak kali ni: kata2 biasa arwahnya. hehehehe:)






KALAU TAK MACAM2, BUKAN FATIN FASEEHA NAMENYER.

wee weee:)


tajuk tu aku sesaje je type cmtu.

takde maknenyer.

EDITED

ni bahagian aku edit pukul 1113 lepas aku call mama n lepas Aizuddin call aku utk bgtau die dah abes paper cntract law die. tahniah disitu:

atin call mama

ma, along exam pukul 3.30

mama tahu

ma along rasa berdebar2 la

ina takdeke

tak, ina tak datang bilik harini

itula kamu, mama dah kata lepas subuh jangan tido. tido lepas solat dhuha

along diam

relax aje. buat elok2.

ok ma. doakan along. kemsalam abah.




solat dhuha. dh lama tak wat pun. haih.

mungkin ni sebab berdebar2. ada peringatan dari Tuhan.
teringat tajuk entry Ira: semakin jauh dari Tuhan mungkin?

mungkin ya. bukan sbb lelaki tu. sekarang baru aku bgtau tajuk entry ni mmg ada kaitan dgn isi.

haihhh.

EDIT LAGI

aku rasa aku tahu sebab kedua:

tadi aku turun bawah, aku takleh masukkan kunci kat motor. kunci tu jadi kemek. time tu memang klimaks la aku berdebar2. aku fikir kalau nak jalan gi DTAM ni mana mungkin.

so aku betul2kan kekemekan tu, menggunakan kekuatan yang ada. masukkan kunci balik. walaupun susah tapi boleh pasang enjin.

haih.

aku tak reti ape2 pasal motor boleh tak.

kenapa aku bawak motor pun aku ta tau.

HAIHHH.

November 2, 2009

A DREAM OF MINE

I wish I have one,
Oh, it's just a dream of mine,
A thousand words of dreams.

"Dreams are easy to be predicted", some says..
It isn't always right,
But one in a million is always a chance,

Chances, chances come to me,
There is no chances that i able to see,
I need chances so my mind goes free.

The chance you want is always there,
Try to catch it as it will go nowhere.

Chances are exactly what i'm waiting,
But somehow deep inside i fear of something,
That what i'll be able to catch is just nothing.

Nothing to catch is nothing to think,
Never fear of catching nothing,
As all around you, you have everything..




Ewaaahhhhhhh

karya Encik Farhan Mohd Nor dan Saudari Fatin Faseeha



cek blog die na tau cemana poem ni terhasil
dua2 sudah putus harapan dgn exam, mungkin?

nice nice nice


ewahhh hahahahhaha lawak la:P


Jika dan walaupun

Ini aku tak copy paste.

Apa maknanya:

Jika kita selalu teringat2kan dia walaupun ketika itu keadaan sedang kritikal seperti sewaktu sedang berada di dalam exam hall

Jika kita seboleh2nya mencari peluang hendak jumpa dia walaupun itu sangat mustahil

Jika kita selalu nak tarik perhatian dia walaupun dia tak tertarik pun

Jika kita rasa happy bila dia memberi respon walaupun dia memang seorang yang responsif kepada sesiapa pun

Jika kita rasa tercari-cari bila dia mendiamkan diri walaupun bila dia dah datang, dia bukan nak layan kita sangat

Jika kita perasan dia ambil berat pasal kita walaupun dia memang jenis ambil berat dekat semua kawan-kawan perempuan dia

Jika kita akan ingat dia bila bangun dan sebelum tidur walaupun dia tidur nyenyak

Jika kita rasa seronok sangat bila nampak dia walaupun dia biasa-biasa je bila nampak kita

Jika kita sentiasa rasa yang dia tak mungkin ada hati dekat kita walaupun kita tak tahu perasaan sebenar dia





PEREMPUAN MEMANG CEPAT PERASAN
mengaku tak?


Jika jadi macam ni. apa perlu kita buat?

lebih baik avoid perasaan perasan tu kan.

jgn obsess sangat.

nanti malu sendiri baru tahu.


haih.

November 1, 2009

Sayang Diorang.

semalam. hari yang banyak sangat main. lepas abes paper KOK yang cm tah ape2 je, atin ingt nak makan KFC ngan ina pastu tetibe hujan. terjumpa kak zihan before naik tangga blok D. kuar gi KKM ngan die. dhla kat KKM tu beratur punyalah panjang. tapi takpa, kak zihan nak beli fresh orange jadik tkla rasa bersalah sangat ngeheee.

sebenarnya semalam grup D asasi law UiTM sesi 09/10 yang kat UKM buat gathering, tapi tak dapat join atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. asasi memang meninggalkan pelbagai memori. tempat dimana aku mula kenal erti macam2 benda. erti persahabatan, erti ilmu itu sendiri dan erti sebuah pencarian. :) tempat tu jugaklah yang meninggalkan kenangan pahit manis aku. yang kejab dalam memori. rindu sangat budak grup D yang memang rapat habis. bak kata wawa, satu bas rapid akan penuh ngan dak grup D je sbb semua nak buat sama2. oh UiTM. great memories there. :)

aku banyak buang masa dalam bilik semalam. sampailah petang tu suhaila datang nak pinjam helmet. and dia bangi aku sebungkus mee sedap. aku try. hurm, mayb sbb aku tak berapa suka makan instant food walaupun zikri beria2 cakap mee sedap tu sedap. haihh.

petang tu suhaila memberikan tugas mastermind gathering Geng Makan kepada atin. mengumpulkan atin, akim, shah, naim, ika, stell, su, pdot, danie n dayah memang senang. bermula dengan insiden merajuk shah yang sengaja je sebenarnya die nak merajuk, sehingga membawa kepada makan2 semalam. sbb masa study week aku memang susah nak join diorg. sampaikan ada org boleh merajuk2. ok2. semalam aku pergi, n jadi mastermind lg hehe.

arrgghhh gambar die tak elok:) atin akim naim shah ika su stell. pdot cm biasa mana die nak tgkap gamba:)

banyak bende kelakar jadik semalam. hahahahahaha.

  1. b4 datang tu sms pdot: weyh malam ni kuar jom 8.30. pdot balas: hang ajak aku dating ka. aku balas: hang nak ka dating ngan aku.:)*7^>:@# eeee takmo aku dating ngan pdot. jangan, kang 'yanie' yg comel tu mara:)
  2. ada insiden terjatuh kerusi. hahahahahaha akim: u're so unpredictable. hahahahaha:)
  3. Geng Makan 'like' bila aku cakap aku tak ske lagu jiwang. hahahaha tapi jabgi aku nak dengar lagu epilog cinta yang diorg soh aku dengar. hahahaha
  4. tahu tak semalam aku yg start order nasi goreng France, pastu smeua nak order yang sama. ok 8 nasi goreng france.
aku sayang diorg.

n aku bakal rindukan kenangan ni. sahabat adalah org yang takkan pergi, jika mereka sahabat sejati:)

mama datang harini. n aku rindukan somebody yang tak memberi respon.

susah untuk aku fall in love.:)

October 31, 2009

GAMBARS












Baru jumpe folder gambar2 ni kat laptop. saje nak upload. takde kerje. padahal kene baca arab, ICL, cyber n family :)

Mana ada aku jatuh cinta OKE

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukan semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.


SAPA KATE AKU FALL IN LOVE

AKU COPY PASTE JE BAGI KWN2 BACE.


1030.KOK.DECTAR

October 30, 2009

TAKUT

1500:TORT

atin takut sebenarnya.

bende yang menakutkan selepas

  1. binatang terbang
  2. binatang berbulu
  3. org yg hipokrit
  4. org yg ckp belakang dengan semangatnya.depan takut pulak
  5. bragger
  6. org berlagak kaya.mcm die sorg ada itu.
  7. curam yg tinggi dn berliku2
  8. kehilangan
  9. cinta
  10. org pelik (jgn soh aku xplain, sgt subjektif)
  11. org yang garang (sbb mama je blh garang)
  12. org yg pandai berlakon
  13. cantik
haih.



takut tort.


need supporter (no s)

.................

October 29, 2009

1530:KMK

lagi satu jam, aku akan jawab KMK. tapi aku masih boleh tulis ni. teruk kan aku.

tadi gi KKM nak ambil ina. macam biasa die tido bilik aku selagi SUKSIS tu tak kacau malam dia. haih.

ni best: terserempak manusia purbakala: nama manja die lg best : p****n kih2.

tapi part yang paling best: memang paling best la: dia IM kata aku suda gemok.

.
.
.
.
.
.
.

memang aku dah gemok. aku baru teringat beberapa peristiwa:

  1. semalam, aku baru je makan ayam penyet, then balik bilik kak zihan kata die ada belikan aku nasi kandar. aku terima pemberian itu, dan terus makan. baru je makan, aku ajak ina cari burger ayam.
  2. beberapa hari lepas, ina kan bagi aku coklat. aku makan tak hingat dunia sorg2. satu malam tu, aku tengah study TORT. then aku tertidur dalam kesejukan (nak bgtau aku selalu sejuk), aku bangun pukul 2 pagi. apa aku buat? aku cari coklat, makan 2 biji. n sambung tidur. itu je.
  3. mama datang kl. bawak nasi lemak dengan rendang daging dengan sambal ikan bilis. aku makan pukul 6 ptg. malam tu shah ajak makan dekat luar. aku terima ajakan. aku makan lagi ketiau kungfu. walaupun aku baru je makan.
  4. satu malam, suhaila ajak aku makan mamak, aku order roti telur, dan maggie sup mamak. aku makan semua tu. tak kongsi ngan suhaila pun.
  5. satu hari tu, aku gi KTHO, aku makan pisang goreng, then b4 balik ibuzain, aku singgah beli burger.
aku rasa ramai tahu yang kalau makan nasi aku hanya makan dua tiga suap sahaja. betul. kecuali kalau nasi tu nasi berperisa mcm nasi ayam ke nasi beriani ke. sbb tu abang mane2 cafe akan 'tahan' dulu aku kat mana2 cafe dan tanye kenapa makan sikit sangat. kalaulah aku boleh jawab: kalau ada nasi berperisa baru saya ambil banyak2. tapi aku malas nak cakap.

aku lupe sejak bile aku hilang selera makan nasi. n aku tak tahu sejak bile diet aku menjadi tidak sihat macam ni.

dulu bukan aku suke pergi tasik kejut ke? joging petang2.

bukan aku dulu suka main badminton ke?





adakah aku sudah mula menukar rutin aku.

terima kasehla manusia purbakala..



atas peringatan itu:)

oh.KMK. ohhhhhhh.


tetiba rindu mama. lama tak kacau dia. nak kacau abah, bahaya, sbb die pun tgah final exam.

kacau diri sendiri lah cmni.~
aku rasa terseksa cmni












tolong bagi aku hint


kalau ko rasa yang sama.

tolong.

October 28, 2009

Tales from the heart

I have these feelings, deep inside

I don't know if he feels that way too
And I don't know what to do

I dream about what we can do
And all the things we can pursue

When he is not there, I miss him so much








and i'm confused


yes, the person is you.
i mean it: you.


*silly me to post this.

silly silly me.

October 27, 2009

FAIZELINA OSMAN


I LOVE YOU

you have taken the time to be there when i needed you

and you have listened to me when my life was changing

thank you

for all the joys we have known together.

thank you

for your consideration and honesty.





i miss two pakciks yang wear yellow caps haritu ina inot pot pot.:)

cute.:)

STROLL DOWN MEMORY LANE

Habis criminal law.

Bermula episod sakit sakit dan kesan biru2 di tepi tangan (kesan ink pen)

semalam dapat invitation group fb: alumni class of 2001 SKTS. wah tengok gambor2 masa sekolah. nampak macam atin yang paling selekeh dalam kelas tu.

masih ingat ikat rambut tanduk. wahahahaha. tak cute langsong ok. mama kata masa along sekolah rendah baju macam kerje buat longkang. kotor gile.

perlu ke memalukan diri di sini. sumpah takde org nak nanti.:P

not going to upload those pics. soooo selekeh.

hurm. bilik ni macam apa dah.banyak buku2 dan kertas. kene kemas tapi malas.

bile nak jadi rajin ni. need more supporters.

semalam pegi cafe KKM. nak makan dgn ina n fakhri. tapi tetibe rasa taknak (bole pulak) so pergi BBB akhirnya.

ada sbb citer pasal gi cafe KKM ni:

fatin!!!

dalam hati bertanya siapakah??

weyh ko tak kenal aku ke?
AKU LA!!

wah boleh satu cafe tu dgr suara die. excited jumpe atin ni

fatin memandang sambil mengeleng2 (giler jual mahal)

ya Allah anak pakcik azmi n cik hanim ni boleh tak kenal aku

ok, die kenal mama n abah. mesti anak kwn mama ni

ni asyraf la. ACAP!

ooh
oooooooh
oooooooooooooh

Ya Allah keciknya dunia. anak makcik Normah belakang rumah aku dulu. budak yang aku duduk sebelah die masa darjah 3 Delima (kelas Pn Zaitun). Budak yang gi tusyen kat umah Pn Suwaibah ngan aku tu. Budak yang mase sekolah rendah tuisyen ngan mama aku tu. Budak yang nyanyi lagu Salam Terakhir masa aku nak pindah tu? OMG!!

Jumpe balik kawan lama. Jumpe balik member gelak2. hahahahahaha. kecil sangat dunia ni. hehehehe. tak rugi aku gi KKM semalam.

teringat kes kene berdiri atas kerusi waktu kelas sains sbb time cikgu tgah ngajar atin gi kat balconi jerit : ADIK SHEREN, ALONG KAT SINI!!!!!. waktu tu menjerit sbb terdgr suara adik kat bawah.

KENANGAN. untuk diingat.

banyak yang perlu aku ubah.

kalau tamau mcm ni lg.:)

October 23, 2009

ESOK

aku takut hadapi esok












aku takut aku nangis.

:) aku cuba oke.

aku yakin cekgu rohaya akan call aku malam ni, atau pg besok. mereka takkan lupa:)



.

October 21, 2009

HARI INI: Hadir Kerana Kenangan Semalam

Aku rasa seronok pulak cerita tentang semalam. so aku buat keputusan untuk ceritakan tentang semalam lagi. sampailah aku jadi bosan dan tukar style ni (sebab aku cepat bosan bila takde benda yang menarik aku)

Semalam. ya, semalam aku bangun lambat. sebab aku tidur lambat. aku bukak buku sekejab pagi tu, pastu kak zihan mintak tolong hantar ke KTM. tapi sebenarnya die yang bawak motor tu n aku boceng..sebab aku malas. lepas hantar dia baru aku bawak motor tu (mestilah aku bawak kalu tak sape lg nak bawak sbb mmg dh takde org nak bawakkan) hehehehehe. semua tahu betapa malasnya aku. harap masa yang bergerak, akan menyedarkan aku, serta mematangkan aku. amin

Balik bilik, tgk ade ym alert. oh shah. dia ajak lunch dengan mustaqim n suhaila. sms su, su ada hal so at the end atin pergi sorg. mula2 janji pukul 12 tapi sahabat berdua tu datang lewat. makan2 sembang2 kene usik2 (pasal mende yang sama je haihhh) then balik ke ukm semula. nampak buku berterabur atas meja. satu peringatan untuk sambung study. haihh malasnya.

Study beberapa minit. tetibe rasa mengantuk yang amat sgt. ok. kalah dengan nafsu. tidur, tingkap terbuka. langsir tak tutup. janji dengan diri nak bangun pukul 3, tp pukul 3.10 tiba2 terdengar bunyi plastik bergerak2, aku rasa pelik, tgk kiri, tgk kanan. something is in the air.. gerakkan kepala sket2: ouch. MONYETTTT dekat rak makanan aku.

Aku pendang je dia, berdesuupppp dia lari keluar. membawa biskut mazola raya yang mama bungkuskan dulu. dalam banyak2 makanan, kenapa makanan mama yang dia amik. hehehehe ni kene bgtau mama ni. maksudnye masakan die digemari ramau. mengalahkan coklat cadbury, biskut luxury dan air ribena kegemaran atin. hehehehehe. (kalau die tahu mesti die marah)

petang sikit, aryma datang bilik. die nak pinjam penebuk lubang. sembang lagi dengan junior sorg ni. masa sembang dengan die surelah gelak2 sakan. hehehehehe, manusia memang sentiasa menceriakan hidupku, itulah kebesaran Illahi. Dia sentiasa ciptakan yang terbaik untuk hambaNya. keceriaan, kegembiraan dan tidak dilupakan, kesedihan. gabungan semuanya menjadikan hidup ini lengkap dan bermakna. MasyaAllah.

Aryma balik, smbung study. malam tu ara call, die kata nak dtg bilik. no problem ara, silalah datang dan memeriahkan suasana. dari dulu pun dia memang study mate aku. die study kat katil, aku dengan port lama aku. aku mendoakan yang terbaik untuk kami berdua, juga untuk sesiapa sahaja di luar sana. harapan memang menjadi satu harapan, tetapi penentuannya bukanlah kuasa kita. bersabar sahaja dengan doa yang bertali arus. nasib kita, siapa yang tahu> bukan hak kita untuk meramal yang bukan2.

Malam tu ara bawak atin, su, mak ika dan naim makan di Hassans. hurm makan2, gelak2, mainly sibuk mengusik ara yang dah berpunya. ara rindu kawan2 lama dia dekat kiz. sebab tu die mengajak segerombolan manusia makan dengan die. hehehehehe.

itu kenangan semalam. cuma kenangan. hari ini hadir kerna kenangan semalam yang patut diteladani. semoga kegembiraan menyelimuti rakan2 atin.




RINDU MAMA tiba2.


boleh tak kalau saya berjalan kaki ke Aberdeen City. rindu.

:)

October 20, 2009

SEMALAM: Bukan Hari Ini

Semalam hari yang bewarna warni. Meriah sangat. Bangun pagi2 dan start bukak buku. (biasalah study week semua org studylah) pastu Kak Zihan datang nak pinjam scooter. Atin ckp boleh tapi kene belikan mee goreng mamak. OK, pagi tu dapat mee goreng mamak hehehehehe (akak belanja)

Tengah hari, tak makan sbb dah kenyang. Study lagi. nak senja tu memang dah tak study dah. Start chatting dengan junior. hehehehe.isi kandungan de mcm tak berapa nak betul sebab bosan giler time tu.

Masa tengah chatting, bilik kene serbu ngan azida, aisyah n kak zihan lagi. hehehehehe. bersembang bagai nak rak. antara topiknya adakah azidah akan kahwin dgn org sini. hehehe. seronok gila melayan diorg.

Lepas diorg balik, suhaila pulak masuk. bincang pasal izac. rasa bersemangat pulak. harap tak hangat2 taik ayam. itu harapan. dan terus menjadi harapan. tengah sembang2 ngan suhaila, masuk waida n suhana. oh bersembang lagi. dari gelak ketawa jadi serius. Suhana tanya adakah fatin suka warna putih sebab kasut semua warna putih. erm. i like red. tapi entah, putih masuk semua kaler kot. baru perasan semua kasut warna putih so i shud grab new one. yellow mayb?

masa tgah bincang ngan suhaila b4 waida ngan suhana datang, datang atiah, tadi dia pinjam helmet so die datang. oh dia belikan burger ayam special yang fatin tempah. and ana cakap tak payah bayar. haih. 2 org belanja harini. reski sungguh.

malam tu meeting izac. harapan supaya tak hangat2 tahi ayam masih dalam hati. buat itu sebagai janji. kalau janji ni tak ditunaikan, aku akan kalah dengan janji sendiri. sbb ini kan janji kpd diri. selalu kite berjanji dgn org.amin.

lepas abis meeting izac, balik bilik. azida n aisyah datang lagi. kalau diorg datang kak zihan mesti nak join. so kitorg gelak bagai nak rak lagi. sembang lagi. haih. lagho. tetibe su datang nak pinjam motor. so amik kesempatan nak order roti pisang ngan milo ais. kak zihan and the geng balik ke bilik. oh lupe, kak zihan bg atin baca satu buku, ada pasal Tun Fatimah. sangat memberi inspirasi. atin nak jadi macam dia. atau macam Dato PG Lim. org yang kuat.yang banyak berjasa kpd pendidikan negara. Macam Susan Ari. sapa yang tak kenal dia. ini hanya harapan. angan2.*tutup mata dan tarik nafas dalm*

balik diorg ke bilik, atin smbung study. b4 tidur chatting ngan manusia zaman purbakala. time tu sedar: aku agak sibuk sem ni. sibuk kat izish. sibuk kat fuu. hurm. sesuatu pasti berlaku. ada kesannya. bersedia menerima.

pukul 4 pagi, tidur. pagi bangun pukul 10. masa tu dapat msg manusia dari timur. oh. bukak laptop. cek emel. cek blog. cek fb. bukak lagu 'ku ingin kamu' dan type entry ni. ok shud start the day now. have a bath and continue flipping books.

LOVE THE DAY.




:) now i'm smiling. a real smile.
wishing all of u the best:)

ni bahagian yang diedit: lupa nak ckp. semalam terlepas satu peluang. itu tanda tiada jodoh.
and sepatutnya mende ni dh plan nak tulis awal, tapi terlupa. itu tanda tiada jodoh.

apa ada dengan cinta: memang takde ape2.

October 18, 2009

110th Entry

Ini entry ke seratus sepuluh.

Hari ini 18 October. T_T.

Masa memang cepat berlalu, rasanya baru semalam aku daftar masuk UKM. Rasanya baru semalam aku jejak kaki dekat FUU (masa tu rasa bercampur baur masuk fakulti yang jauh kedalam hutan tu). Rasanya baru semalam aku jejak kaki dekat IZISH (masa tu rasa heaven sebab IZISH mcm best sket dari MAWAR UiTM dulu).

Kenapa aku di sini?

Ada sebab dia. Aku pengecut. ya, aku lari dari masalah, kerna itu aku di sini.(mana2 yg korg rasa aku berada). dan aku merancang untuk terus menjadi diri aku: lari. lari lebih mudah, biarkan org2 bising di sana asalkan kita senyap dan tenang di sini. siapa ajar aku jadi macam ni: mama dan abah. sebab diorg tahu betapa lemahnya aku. diorg sokong keputusan aku, walaupun hati diorg berat dan bercampur baur. takpe mama, semua benda jadi kan ada hikmahnya.

Kalaulah aku di sana(mana2 yang korg rasa aku patut ada sebelum aku di sini), masa depan terjamin, tapi perasaan tak mungkin terjamin. aku lebih rela menjaga hati dan perasaan (aku dan dia) daripada aku menjaga masa depanku sendiri. tak mengapa, aku bahagia disini.

satu pengakuan, aku bukan org baik (tiada siapa yang sempurna). satu pengakuan, aku pengecut, aku lemah (aku jarang lawan balik, kalau aku lawan aku rasa satu tekanan hebat yang at the end akan buat aku nangis which aku sangat tak suka kalau aku nangis sbb org, bukan sbb diri sndiri).

kalau diberi pilihan untuk lawan balik atau diam, aku akan diam. itu aku dan aku akan terus menjadi aku. itu prinsip aku. prinsip yang mama tanamkan dalam jiwa aku. apa? mama? mama lagi?

Ya, aku tahu apa yang kamu semua (sesiapa yang korg rasa adalah diorg) kata, aku anak manja. ya. betul. aku hidup dengan 'semangat' mereka berdua. kalau mereka kata ya, aku akan kata ya. kalau mereka kata no, aku akan kata no. mereka inspirasi aku. mama cikgu terbaikku. abah pakar psikologi terbaikku. aku bangga dpt abah yang macam abah. mama yang macam mama. mereka berjaya kerana prinsip hidup mereka. aku mahu jadi seperti mereka. bukan org lain.

jangan usik hati aku. sbb aku yakin dan percaya aku tak pernah usik hati kamu(sesiapa yang korg rasa adalah kamu). aku paling tak suka kalau org menjaja cerita halimunan. cerita yang dibuat2. oh, mama kamu mengajar kamu freedom of speech? mungkin kamu lupa (atau tak pernah tahu) yang there are restrictions for such freedom. Oh, mama kamu mengajar kamu ideologi liberalism? mungkin kamu lupa sekali lagi, kerana ideologi itulah berlakunya fall of liberal gov of Victorian Britain. Ya, kerana pendekatan cynical yang mereka gunakan, mereka kini hilang di mata dunia.

Mungkin kamu belajar dari persekitaran, bukan sejarah.

Siapa aku untuk salahkan org lain. bila aku sndiri banyak salah silapnya. aku sudah nekad sebenarnya. sejarah 'mengapa aku disini' pasti akan berulang lagi. aku yakin.

percayalah, bila aku kata aku lemah, aku maksudkannya. tapi jangan ingt dengan kelemahan itu korg(sesiapa yang korg rasa adalah korg) boleh sesuka hati letakkan batu besar di atas kepala aku. tanpa usul periksa, korg terus jatuhkan sabitan. itu tidak adil. oh, aku takkan persoalkan. kerana aku akan sentiasa menjadi org yang diam.

Dan jangan ingt aku bodoh. aku tak sebodoh itu. aku tak selurus itu. pada zahirnya mungkin. pada batinnya, mungkin tidak. aku masih tahu cara org biasa berfikir. mungkin kamu berfikir mengikut aliran Gladstone, itu yang aku nampak.

ada yang mengerti apa yang aku tulis. ada yang tak faham. takpa, ini territorial aku. memag sgt susah utk tgk aku marah. ini realiti. kerana aku tahu aku tisu. kerana itu seboleh2nya aku akan elakkan konflik dengan org. tapi bila konflik datang dan aku tak boleh nak elak, aku akan nangis. aku akan cari mama. cari abah. aku teringat semula sejarah itu.

Mengapa aku disini. masih lagi menjadi rahsia. Ina jadi saksi. pengalaman jadi saksi. sejarah itu, masih kejab dalam memori. aku doakan semua berjaya. itu satu pengakuan lagi.

AKU BUKAN ORG BAIK. aku mengaku.
salahkan aku.

T_T




aku pernah jatuh, mungkin jatuh lebih teruk dari kau. walaupun aku masih muda. aku pernah hilang semangat, hilang org tercinta,hilang terus, hilang kesana. walaupun aku masih muda.

aku pernah bangun semula.

dan kini aku jatuh semula. kerana aku masih belum kuat.

September 26, 2009

MACAM PELIK JE?

Harini mula2 ingatkan nak duduk rumah aje:konon nak study Arab. tibe2 Abah kata kedai servis motor tutup hari Ahad. Haih, terpaksa pergi pekan Bangi nak servis scooter kesayangan tu. Nampak UKM sekilah. Argghh bencinya cuti dah nak habis. kene menghadap lagi buku2 yang tebal..kes2..haihh.. Apa2pun, ilmu yang dituntut tu satu pahala. kenela ikhlas ye tak?

Masa servis scooter tu baru perasan yang ada kesan calar balar kat body dia. Arggh teringat time hampir terbabas lepas habis isi minyak dengan ina kat Seksyen 3 tu. puncanya hanya sebotol plastik kosong yang orang buang atas jalan tu. Haih... kesian scooter tu jadi mangsa. Abah kata perempuan kalau guna motor memang tak reti nak jaga. analoginya macam nilah, lelaki kalau masak, dapur mesti bersepah kan? same jugaklah kalau perempuan bawak motor:hancur motor tu jadinya.(setuju dengan abah).

Lepas servis motor pergi cuci dekat kedai India sebelah bengkel tu. Selama ni memang cuci kat situ pun sbb paling dekat dengan UKM walaupun cekik darah harganya. RM6 kot. yang tepi Shell Seksyen 15 tu stakat RM4 je. Cuma malas nak pergi jauh2( jangan panggil saya fatin kalau ingat saya ni rajin keh). Tapi agak kagum (terlalu kagum sebenarnya) bile die bagi diskaun RM4 je. puncanya: abah cakap TAMIL ngan India tu. Lupe pulak abahku memang fasih bahasa Tamil nieh. Almaklumlah.

Pas basuh motor pergi Alamanda pulak. Adik nak cari shampoo je pun (macamla takde WARTA kat Bangi tu kan). Kat sane makan kat Foodcourt: chickenchop cheese LAGI diorder oleh kami adik beradik. Padahal kat rumah mama dah masak kari ikan. Macam biasa:cuti adalah masa terbaik utk tambahkan berat badan. Lepas dah kenyang, masuk satu pasaraya ni (Carrefour la). Mula2 takda perasaan nak tgk2 barang. tapi jadi kagum sekali lagi sebab ni:



Paling tak boleh tahan bile ade mat Salleh tu kate kat sebelah kitorg je: funny place to put things. haihh. macammane boleh terfikir nak letak keropok kat celah tu? ni nak kata kreatif ke, nak kata hilang idea dah?

Berat hati sebenarnya nak balik UKM

Rindu pulakla dekat bubur durian opah

Rindu jugak dekat gulai asam batang keladi opah

dan gulai lemak rebung (yang akan atin paksa mama masak esok before balik UKM)

kene pulun ni. satu apa tak prepare utk test Arab.

UKM? URGGH.

AKU ORANG KAMPUNG. and proud of it:)

September 25, 2009

HELLO BLOG! Selamat Hari Raya!!

Pejam celik, pejam celik, baru sedar sudah hampir 3 bulan blog ini dibiarkan sepi. Benar kata orang: bila kita sibuk, kita boleh lupa sesuatu yang suatu ketika dulu pernah menjadi teman setia kita. InsyaAllah ini tidak akan berlaku dalam hubungan kita sesama manusia. Janganlah kerana masa kita yang berisi penuh, kita dengan sewenang-wenangnya melupakan ikatan persahabatan yang pernah terjalin sekian lama. Tidak rugi walau satu sen pun, jika kita meluangkan satu saat, untuk mengingati kenangan kita bersama seorang teman.

Banyak yang berlaku sepanjang blog ini ditinggalkan begitu sahaja. Bukan tiada masa untuk menulis khabar berita, hanlangannya cuma satu: malas. Bodohnya saya membiarkan diri dipeluk perasaan malas tersebut. Hasilnya, kenangan yang berlalu, hanya tinggal dalam memori, menanti dimakan hari, lalu pergi tanpa menjengah lagi.

:-)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan semua. Semoga kedatangan Syawal kali ini meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kenangan yang InsyaAllah menjadi nadi kegembiraan sehingga kedatangan Syawal yang akan datang. Amin!

Bersama Acu Ya di halaman rumah atuk dan opah :)

Selepas raya, timbunan kerja menanti saya dan rakan-rakan di IZISH, dan di FUU. Manjadi harapan saya supaya semester ini membawa kepuasan seperti semester-semester yang sebelumnya. Tahun 2 memberikan cabaran yang lebih hebat memandangkan bebanan tanggungjawab yang lebih berat dipikul. Doa Mama dan Abah, sentiasa Along bawa sepanjang mengharungi perjalanan hidup ini.

KERANA MEREKA, AKU PUNYA KEKUATAN, UNTUK TERUS TERSENYUM

Beberapa hari sebelum menjelang hari raya, diri dikejutkan dengan berita abah dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap batu karang. Alhamdulillah, kini keadaan abah stabil, cuma diri ini bersama adik Sheren tidak henti-henti berdoa supaya abah sihat sentiasa. Baru kami sedar, betapa kami berdua amat manja dan terlalu mengharap pada Abah, harap masa yang berlalu menjadikan kami lebih berdikari dan kuat semangat untuk terus bernafas.

:-)

Hidup tidak akan bermakna tanpa dorongan dari insan bernama rakan. Alhamdulillah, tiga semester di UKM merapatkan ukhwah kami semua. Semoga persahabatan yang dibina terus kekal berpanjangan, dan menjadi kenangan manis untuk selamanya.

SAYA SAYANG MEREKA

projek merosakkan buku-buku library.hehe

team MEP IZISH yang disayangi

Persiapan Karnival Silang Budaya

Majlis Penyerahan Bendera IZISH dan Malaysia Book of Record

SALAM LEBARAN

Rindukan saudara mara di perantauan.

Acu Haniff and family di Australia. Happy Aidilfitri.
A'im di Aberdeen. Janji nak balik AidilAdha kan?

~

July 20, 2009

JUNGLE TREKKING with NN, Ina and Faiz

Tadi buat Mini Jungle Trekking. Dioranglah yang semangat sangat nak turun makan. Fatin tak kesah tak makan pun takpe. (haha salahkan orang lain). Disebabkan kitorg semua takde kenderaan mewah (nak mewah terus), makanya terpaksalah melalui denai dibelakang FUU untuk ke Fakulti Kejuruteraan tu.

Diorang bawak aku lalu jalan penuh berliku. Memang berliku, berpasir merah, berlembab semualah. Ina tu takpelah sebab dia SUKSIS. NN tu takpelah die kurus. Faiz tu takpelah sbb die pki kasut. yang aku ni ha? Dahla kene reject jd PALAPES, gemuk, pastu pakai sandal je. Hehe ape2pun hebat la NN ngan Ina pasal diorg pakai baju kurung. Turun dengan ayunya ke bawah. Gempak la korang!!







Lagi satu citer best! Ustat Bahasa Arab untuk kelas 'Budak2 terbuang' (ala yang letak nama luar kotak tu)memang best. bayangkan dia buat kelas hari isnin je 3 jam terus. maknanya tak payah datang dua hari. yay!!

SAYA SUDAH OKE

SAYA DAH ADA FACEBOOK

addla taw2.

July 12, 2009

.

Kisah hidup kita bukan semudah yang kita jangka..

Kadang2 kita gembira, kadangkala juga, kita sengsara..

Memang ikatan itu pernah memberi seribu kenangan..yang tidak mungkin kita lupakan..

Ya..

Kenangan bertahun2..yang kita jalin bersama..

Tawa, gembira, duka, sengsara, semuanya kita kongsi bersama..

Kadangkala kita bersengketa..kadangkala kita sama tertawa..

Memang indah..

Cukup indah..

Tetapi ikatan itu musnah akhirnya..

Pahit..

Perit..

Fatin bersalah. Maaf yang teramat sangat.

Harap dimaafkan kalau membaca.













Harap Fatin kuat.





Takkan ada entry baru buat seketika. bye2 semua.

July 6, 2009

AZIQ DAN FATIN

Birthday boy: Haziq

Bithday cake: Fatin n Haziq

*Haziq marah kenapa nama dia tiada huruf 'H'
*Adik sambung bercuti sebab demam(harap adik cepat sembuh)
*Kek itu adalah kek tiramisu yang creamy (bg fatin rasa dia boleh tahan)

Diharap pertambahan usia akan mematangkan saya dalam segala jenis perkara dan bercita-cita menjadi harapan agama, bangsa dan negara.

PENAT

July 5, 2009

NOKTAH

Lega yang teramat sangat. setelah 2 bulan berkampung dan menghadiri pelbagai kursus anjuran UKM, hari yang ditunggu-tunggu oleh barisan MEP 09/10 akhirnya tiba.

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SESI 09/10 ke UKM!

Bermula dengan kursus pemantapan organisasi di Terengganu, diikuti dengan perkampungan MEP di KIZ, disambung pula dengan kursus ESZ di Port Dickson, semuanya memberikan kepuasan belaka I. Belum habis penat berkursus, cuti diisi pula dengan perkampungan pemudahcara MMP di KIZ. Baru hendak merehatkan diri, UKM menjemput kami ke Terengganu untuk kursus pemudahcara MMP. Pulang dari Terengganu, terdapat lebihan masa 4 hari sebelum menyambut pelajar2 baru di UKM.

Tempoh masa yang panjang, tetapi terselit seribu satu kenangan.

Semester baru sudahpun bermula. Cabaran baru beserta tanggungjawab baru perlu dipikul seiring dengan sahsiah yang cemerlang. semoga semester baru ini menjanjikan kenangan yang lebih indah. Saya mengharapkan yang terbaik untuk semua.

Salam usaha.

Kenangan English Speaking Zone. College United the best!!

Kalau bergambar tak hingat dunia

Taklimat pemudahcara di Panggung Seni. KIZ datang dengan semangat merah menyala. (budak2 kat belakang syok sendiri)

English Speaking Zone yang best gilo (sebab boleh makan lamb chop banyak2 time dinner..serius banyak)

June 15, 2009

YANG TAK TERUCAP

Ada benda...

Yang tak terucap melalui kata, tetapi jelas dari pandangan mata.

Ya...

Bila senyuman itu kau ukir, bisikan yang sama pasti hadir,

Bila usikan itu kau hidang, bahagia yang sama pasti datang.

Cuma aku tidak mampu meneruskannya,

Kerana kita berbeza.

Aku sedar kekurangan diri.

Senyuman dan tangisan, bukan lagi memori asing bagi kita

Kita bangga menjadi diri kita sendiri. Bukan orang lain.

Rombongan Jaksa ke Kluang.

Selamat pengantin baru kepada kakak Echah.

P/S:

Off to ESZ camp di PD.

Tak sabar menantikan MMP 09. Telah menyiapkan modul explorace bersama Kumaran.

Rahsia semakin terbongkar. Ada yang dapat menghidu.

Sangat suka lagu Kuingin Kamu by Romance tu.

Segan
.

Arrrrggghhh!

June 5, 2009

PERCAYA.TAK.PERCAYA


Ini namanya anak power rangers sedang menumbuk bahan untuk ditumis.

yela.kalu tak pakai protector nanti mata pedih

cari shade tak jumpe

yela. tau. korang mesti nak kata aku kiut.

kan?

June 1, 2009

MUKA TAK TAHU MALU

Memang hari ini dalam sejarah. (maksudnya semalam, 31 Mei 2009)

11 pagi: naik motor dengan Su. Shah bwk motor sendiri. kami bertiga ke pekan Bangi nak tukar design baju F1. dengan semangatnya bergerak dari UKM pagi2 butalah kiranya. hasilnya: kedai F1 tu tutup. fine. thanks to all.

patah balik ke ukm. sebelum sampai singgah kedai basuh motor. yer, mereka berdua sangat malas nak basuh motor sendiri.

2 petang: dah siap2 nak pergi keramat. nak tempah baju batik kat Dato Keramat (rumah lama). sebelum tu mencari sesiapa yang boleh hantarkan dekat KTM Bangi. mencari dan terus mencari.

harapan tinggal harapan. senior sibuk menyiapkan thesis. ilmu lebih menjadi prioriti mereka. mereka pohon maaf kerana tidak dapat membantu. tiada masalah untuk itu, faham kesibukan mereka menyiapkan tesis. ambil keputusan untuk tunggu bas ke KTM.

kerja gila kami: nampaknya bas tak menjelma. teksi apatah lagi hilang khabar berita. nak tahu apa kami buat?

sumpah. kami tahan sebuah kereta bewarna hitam yang datang dari arah PKP UKM(tempat budak masters kan). siyesly, kami tahan kereta itu. minta tolong orang yang tak dikenali itu utk hantar kami ke KTM. sumpah tak kenal siapa dia. nasib baik abg tu baik. kuss semangat. pengalaman.

4 petang: sampai Dato keramat. Tailor tu tutup kedai dia hari ini. Fine. Thanks to all. nasib malang lagi nampaknya. akhirnya Su bawak pergi umah Mama, tailor yg femes dekat Au3 (pakcik teksi pun kenal mama tu). selesai masalah. taklah terasa rugi sangat berjalan jauh.

5 petang:naik teksi pergi Jusco Wangsa Maju. Shah nak cari kasut dan seluar. call abah mintak tolong ambil di jusco dan tolong hantar ke UKM (dah tak larat nak balik sendiri). nasib baik abah sudi ambil. so balik tak payahla penat2 lagi.

8 malam: tiba di KIZ. mandi2. beli makanan kat cafe. tgk movie dgn member kolej.bertajuk: hantu bangku kosong. banyak menjerit. kene bahan ngan diorg semua sbb terjerit sana sini. memalukan.


kasut kami berdua(yang kami curik di kedai BATA)

bermakan2 di rasamas.

suka gambar ini. rasa macam comel(haha perasan)

Miss Suhaila and Miss Fatin

APA LAGILAH PENGALAMAN ESOK

99+1=100.INA.

Ini entry yang keseratus.

banyak bende nak cerita terutamanya xperience sejak sampai ukm.

tapi tak best bile takde gamba.

so nanti bile dh ade gamba bru bercerita.

HAPPY BIRTHDAY INA!!

May 27, 2009

TERIMA KASIH

kadang2..



Orang yang kita tak sangka2, buat sesuatu yang kita tak pernah sangka.

terima kasih untuk ini.

sangat dihargai.

kadang2 ada perkara yang kita terlepas pandang, tp orang lain perasan

May 26, 2009

APABILA ORANG BENCI KITA

Kita rasa, kita…

Peramah
Berbudi bahasa
Menghormati sahabat

Pendek kata, kita sudah sedaya upaya menjadi yang terbaik. Boleh dikatakan kitalah calon menantu kategori A. Mak mertua tengok memang tak pilih yang lain dah. Namun, masih lagi ada segelintir manusia yang tak senang duduk tengok kita, panas je hati dia melihat kita.


Bagi mereka,


Ada sahaja salah kita, hampir setiap inci perbuatan kita hendak dikritiknya. Bila kita cakap lebih2 sikit dikatanya membodek2, nak semua orang sayangkan kita. Paling tidak boleh diterima, kesalahan kecil kita, menjadi masalah besar bagi mereka. PADAHAL KITA TAK PERNAH KESAHKAN DIA.


Pendek kata, mereka…


Memang meluatlah dengan kita, padahal kita tak pernah jentik mereka pun.


Pelik kan orang macam ni? Sebenarnya, semua orang tidak terlalu sempurna untuk disukai semua orang. Jangan jadikan situasi ini sebagai satu tekanan kepada kita. Bermuhasabah diri apabila kita sedar orang tidak sukakan kita. Inilah masanya untuk kita mengenal kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya demi menjadi insan yang lebih cemerlang.


Kadang2, petua orang2 Melayu yang semuanya bagi kita nampak tidak logik itu amat sesuai untuk dijadikan pedoman (disaat bangsa sendiri sibuk kutuk bangsanya sendiri). Saya percaya apa yang orang kita cakap ada makna tersiratnya. Orang tua2 selalu kata:


KALAU ORANG BALING TAHI DEKAT KITA,

JANGAN DIBALAS DENGAN TAHI,

BALINGLAH BUNGA KEPADA MEREKA.


Lama2 orang yang sibuk jaja cerita tentang kita itu akan tutup mulut sambil matanya terbuntang luas. Jangan balas balik apa yang mereka lakukan. Jangan tambahkan lagi bara api, kelak apinya marak dan mungkin membakar kita semula, menjadikan kita yang rugi sendiri.

Percayalah, berdiam diri itu juga satu senjata. Percayalah mereka akan tetap menerima balasannya. Bukan dari kita, tetapi dari takdir Tuhan yang Maha Esa.


Percayalah..


Jika kita rasa diri kita ini jahat, ramai orang tak suka, banyak dosa, atau sudah tiada pintu taubat untuk kita,


Ada lagi orang yang lebih teruk daripada kita,


Percayalah.


Allah tidak pernah menutup pintu taubat hambaNYA, selagi kita yakin dan percaya dengan keampunanNYA


PERCAYALAH,saya tiada sebab untuk menipu.


PENGALAMAN SENTIASA MENJADI GURU TERBAIK SAYA

(saya edit entry ini 4 kali)
 

Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL