lepas tolong mama membakar bertalam-talam biskut sarang semut, atin rasa mcm nak buat baked macaroni and cheese with minced chicken and sausage pulak utk bukak puasa. so atin pun fikirlah resepi mcm mana yang best sedangkan selama ni atin google resepi atau godek2 buku resepi mama je utk masak sumting. INILAH KALI PERTAMA ATIN REKA RESEPI SENDIRIIII!!! macam biasalah resepi atin mesti versi orang malas punya kan. dah jadik mcm trademark pulak :)
excitednya haha XD. memang excited.
RESEPI
1. mula2 rebuskan macaroni. masa rebus ni letak sikit minyak okay. lepas macaroni dah masak, toskan, dan letak ke tepi.
2. dekat kuali yang lain, panaskan sesudu butter, tumis setengah biji bawang kuning/holland.
3. bila bawang dah macam layu, masukkan ayam cincang yang telah digaul dengan lada sulah (kuantiti ayam ikut suka).
4. masukkan sehelai daun bay
5. bila ayam dah masak (dah tak berdarah), masukkan pulak sosej yang sudah dipotong kecil dan yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. bolehlah masukkan perasa jika mahu.
7. masukkan pula sos tomato dan sos cili secukup rasa. macam atin, atin masukkan banyak banyak.
8. sesuaikan rasa.
9. gaulkan dengan macaroni yang telah direbus tadi.
10. kemudian, bolehlah masukkan macaroni yang telah digaul tadi ke dalam bekas pembakar.
11. tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam bekas yang ada macaroni tu ( telur dalam 4-5 biji)
12. taburkan mozzarella cheese dan cheddar cheese di atasnya beserta serbuk oregano
13. bakar dalam oven 180 celcius selama 30 minit
siap!
p/s: dah lama tak update blog sebab konon2nya nak update pasal the big day tapi encik aizuddin tak bagi2 pulak gambar. dia kata 'saya malas la nak edit, gamba tu besar sangat'. yelah yelah yelah. siapalah saya ni kan sampai awak sanggup bermalas malasan. sob sob. tersentuh hatiku T_T
bye!

2 comments:
yummy nye nampak!!lapa blk dh plk..btw atin, nak resepi sarang semut boleh x??tq!
boleh wawa, nanti aku update, memang nak letak resepi sarang semut pun hehe!
Post a Comment